Thursday, February 10, 2011

kawan



bila aku sendiri pasti ada yang temani
bila aku bersedih pasti mereka di samping
bila aku ketawa mereka juga ketawa bersama
betapa bernilai nya erti persahabatan bagi aku
ketika ini........

semakin lama aku dapat rasakan
erti persahabatan yang tak akan 
pernah hilang dari hidup aku......

setiap masa aku luangkan 
bersama mereka cukup memberi makna
kerana mereka adalah kawan,sahabat,teman pada aku
aku akan rasa kehilangan bila tiada mereka di sisi
walaupun sekejap.....



sanggup susah payah bersama
menangis bersama
aku sangat bersyukur kerana 
TUHAN
menganugerahkan aku kawan-kawan yang
cukup memahami.....
aku tahu aku tak salah memilih kawan
kawan-kawan aku adalah 
yang terbaik dalam dunia

untuk kawan-kawan ku...
thanks a lot 
sebab sudi jadi kawan aku
aku sangat menghargai kowg...



DILA , DAYAH , SHILA , WANIE , ZATY, ZIRA
LUV U ALL....
x-class dari CUPPY GEN

Tuesday, February 8, 2011

Janji semalam

malam ni sunyi sangat....
aku duduk termenung seorang diri....
hingga malam semakin dingin...
aku tetap menanti kepulangan dirimu...
tapi janji hanya tinggal janji...


bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba..
begitu lah aku boleh di ibaratkan...
tiada memberi sedikit kesan pada dia.
hanya aku yang menanggung kerinduan....

dulu....
kau pernah berkata bahawa...
kau akan membahagiakan diriku...
melihatku keriangan...
merawat duka lara ku ini....
aku tahu...
semua itu sudah berlalu....
aku sedar semua salah diriku..
kerna terlalu menyintai dirimu...
sehingga aku lupa untuk menyayangi diri ini...

tapi segala yang berlaku antara kita...
akan sentiasa aku kenangi 
kerna bagiku kau adalah insan yang sangat istimewa...
akan ku cuba sapu airmata ini ...
harungi hari-hari ku tanpa cinta 
dari mu sayang.....

Monday, January 31, 2011

saya sayang dia

ADA SESEORANG dalam hidup sy yang sangat saya SAYANG selain my mom,and family..
ada nya DIA dalam idup sy merubah SEGALA2nya...yang PUDAR semakin CERAH...
yang KELAM semakin TERANG....yang HITAM semakin PUTIH...
hangat nya cinta dari DIA sangat2 sy rasai..ary2 sy tempuh hanya untuk lihat senyuman dari nya...
saat bahagia bersama nya X kan pernah luput di dalam memori ini...
 sy sangat perlukan DIA untuk ary2 sy yang seterusnya....bila dia senyum i2 sangat membahagiakan sy..bila dia sedih i2 sangat mengguriskan hati sy..sy suka bila dia KETAWA..sy gembira mendengar SUARAnya...sy rasa sunyi bila sehari X dgar sore nya..setitik airmata nya sangat MEMBERI kesan luka pada sy..sy berusaha sebaik nya untuk jadi SEMPURNA dimata nya..kasih sayang pada nya tidak pernah pudar malah makin terang sehingga kalah nya pada bulan purnama.saya rindu pelukan nya...saya rindu senyuman nya....saya rindu ciuman nya.....
sy sangat berharap agar sy dapat sentiasa berada di sisi nya...melalui ary2 sy yang semakin singkat ini
bersamanya...lebih membahagiakan sy bila dia sah menjadi milik sy sepenuhnya...sy akan tunggu untuk hari yang bahagia i2 sedaya yang mampu...sy sentiase berdoa agar TUHAN sedia kan ary esok untuk sy supaya sy dapat lagi bersama nya...menatap matanya...mengukir senyuman di bibirnya..membelai dirinya...kalau diberi kesempatan memilih antara nyawa dan dirinya,,sy akan pilih 
DIRInya kerana DIA adalah nyawa sy...

saya SANGAT sayangkan DIA sampai ke akhirnya....

Wednesday, January 26, 2011

Ayah

Terjaga ku dari lamunan yang panjang
ku sedar itu hanyalah kenangan
kenangan indah kita bersama
sentiasa segar di ingatan ku

AYAH..
kau pergi menyambut panggilan ilahi
tanpa ku sedar ,5 tahun sudah berlalu
namun aku redha DIA lebih sayangkan ayah
ketahui la bahawa aku bangga menjadi anakmu
kehilangan mu amat aku rasai
hilang nya tempat untuk ku berpayung dan bermanja
ku rindu belaian mu ayah..
kasih sayangmu sentiasa dirasai
masih terasa pelukan terakhirmu


AYAH..
hanya doa dapat ku kirimkan
pengubat rindu bekalan mu disana
semoga roh ayah dicucuri rahmat
amin...

AYAH DAN IBU ADALAH KEBANGGAANKU
HARGAILAH IBU BAPA KETIKA MEREKA 
MASIH DI SISIMU
HANYA MEREKA TIADA PENGGANTI DI DUNIA INI
WALAUPUN HARTA BERJUTA 
TIDAK MUNGKIN DAPAT MEMBELI
SEORANG AYAH DAN SEORANG IBU.......:(


Tuesday, January 11, 2011

MAWAR PUTIH

DULU....
ADA SEKUNTUM MAWAR PUTIH
YANG SANGAT SETIA PADA DAHANNYA....
TIDAK KIRA APA YANG BERLAKU...
MAWAR PUTIH TETAP BERADA
PADA DAHANNYA


KERANA.....
MAWAR PUTIH ITU YAKIN 
BAHAWA DAHAN ITU LAH YANG 
MEMBOLEHKAN MAWAR PUTIH TERUS HIDUP MEKAR


TAPI...
PADA SUATU HARI,
MAWAR PUTIH RASA LAYU DAN TAK BOLEH BERDIRI MEKAR
MAWAR PUTIH MENCARI DI MANA DAHAN YANG SELALU 
BERADA DI SISINYA..
RUPANYA DAHAN ITU TELAH BERUBAH BERADA DI SISI
MAWAR MERAH...


MAWAR PUTIH RASA DIRINYA SANGAT LAYU PADA KETIKA ITU
TETAPI MAWAR PUTIH TETAP MENANTI DAN SETIA PADA DAHANNYA
MAWAR PUTIH TAHU YANG DAHANNYA AKAN BAHAGIA
SELAMA BERADA DI SISI MAWAR MERAH


KERANA....
MAWAR MERAH DAN MAWAR PUTIH ADALAH SAMA....
MENYAYANGI PADA DAHAN YANG SAMA
WALAUPUN MAWAR PUTIH TERPAKSA KORBANKAN
DIRINYA UNTUK MAWAR MERAH..MAWAR PUTIH TAK KISAH
KERANA MAWAR PUTIH CUMA NAK DAHANNYA HIDUP
BAHAGIA DAN GEMBIRA..........

Sunday, December 19, 2010

Lelaki

LELAKI.....
kenapa insan yang bergelar 
lelaki
tidak pernah cukup dengan satu
PEREMPUAN... 


tidak kah golongan-golongan 
ini berfikir tentang 
perasaan seorang wanita 
yang pada dasar nya 
di perlukan oleh seorang
LELAKI...
mengapa ada yang 
menjadikan wanita sekadar 
tempat melepaskan nafsu serakah
mengapa ada yang
sanggup memukul wanita 
hanya kerana perkara-perkara kecil
mengapa dilukai hati wanita
yang sememangnya sangat 
halus dan lembut....

dimana pegangan dahulu
kala bahawa lelaki
adalah pelindung wanita
dimana nilai kemanusiaan sesama insan...

pada hakikat yang sebenar
lelaki memerlukan wanita
dan
wanita memerlukan lelaki

Thursday, December 9, 2010

Dunia Mereka

Lorong-lorong gelap menjadi pujaan
setiap pelusuk dunia 
terpampang di pusat-pusat
hiburan

Khilafnya mereka
tidak nampak kelebihan
yang diberikan oleh
TUHAN..

Ada yang sangat cantik
ada yang sangat tampan
berpeleseran tanpa 
segan...
lelaki sesama lelaki
perempuan sesama perempuan

Dimana nilai-nilai murni
dimana pegangan agama
lihat lah dunia 
mereka....

Wahai remaja 
renung lah wajah ayah dan ibu
pahat kan nama TUHAN mu dihati
sematkan dalam diri 
nilai-nilai sejati

Jangan hancuri masa depanmu
jangan hancuri 
hati-hati yang mengharap
pada mu
jangan letakkan 
titik-titik hitam dalam hidupmu
pandang kehadapan
lalui langkah yang benar
kerana setiap perbuatan 
ada balasan.....

Ingat lah pada yang 
menjadikan mu
ingatlah pada yang esa
TUHAN YANG SATU